MAKLUMAN STATUS TERKINI 24 NOVEMBER 2025 | 9.45 am – CERUN RUNTUH & POKOK TUMBANG
FT073 Jalan Siputeh – Batu Hampar (Seksyen 33.40 berhampiran MRSM Parit))
Untuk makluman laluan ditutup sepenuhnya pada 9:45 pagi dan dijangka dibuka semula pada 5:00 petang bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dijalankan serta memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin.
Runtuhan tersebut masih berlaku di bahagian atas disebabkan hujan tidak berhenti dan menyukarkan kerja-kerja pembersihan tanah dan pokok di atas jalan tersebut.
Kerja-kerja pembersihan melibatkan cerun runtuh dan pokok tumbang sedang dijalankan, dan laluan akan dibuka secara terkawal setelah keadaan tapak benar-benar selamat. Pengguna dinasihatkan mematuhi arahan petugas dan memandu dengan berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan.
Laluan Alternatif (seperti gambar rajah dilampiran) :
1) FT072 Jalan Tanjung Belanja – Bota Kiri
2) A17 Jalan Parit – Bota Kanan
Pengguna dimohon mematuhi arahan keselamatan dan menggunakan laluan alternatif.
Pihak kami akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa. Terima kasih atas kesabaran dan kerjasama semua pihak.